1 maut, 4 cedera dalam insiden tembakan di AS

1 maut, 4 cedera dalam insiden tembakan di AS

Pihak berkuasa turut berkongsi foto kenderaan berwarna gelap yang 'dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tembakan itu'.

Polis Colorado mengesahkan seorang mangsa maut manakala selebihnya dihantar ke hospital untuk rawatan. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Seorang maut dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan pada petang Selasa di Denver, ibu kota negeri Colorado AS, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.

Jabatan Polis Denver dalam ciapan terkininya di Twitter menyebut lima mangsa telah ditemui dan menambah empat daripada mangsa dihantar ke hospital manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia.

Pegawai berkenaan turut berkongsi foto kenderaan berwarna gelap yang “dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian tembakan ini,” sambil menggesa sesiapa yang melihatnya atau mengenali orang yang dikaitkan dengan kenderaan itu supaya menghubungi polis.

Dalam ciapannya sebelum ini jabatan itu berkata terdapat enam mangsa dalam tembakan di blok 1400 Verbena Street itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.