49 korban banjir, tanah runtuh di Filipina

49 korban banjir, tanah runtuh di Filipina

Sekurang-kurangnya 51,400 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal di pusat pemindahan di lebih 30 wilayah terjejas bencana itu.

Seramai 20 mangsa masih hilang, manakala lebih 550,000 orang di lebih 30 wilayah terjejas di Filipina. (Gambar Facebook)
MANILA:
Jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh melanda beberapa bahagian di Filipina semasa cuti Krismas mencapai 49 orang, menurut agensi bencana kebangsaan negara itu.

Seramai 20 mangsa masih hilang, manakala lebih 550,000 orang di lebih 30 wilayah terjejas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik agensi itu sebagai berkata.

Sekurang-kurangnya 51,400 penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa tinggal di pusat pemindahan atau menumpang rumah saudara-mara dan rakan-rakan.

Sebanyak 19 kematian dilaporkan di selatan wilayah Misamis Occidental, manakala 13 korban dicatatkan di wilayah timur dan barat negara ini, menurut agensi berkenaan.

Bencana itu turut menjejaskan pertanian serta infrastruktur, jumlah kerosakan dianggarkan bernilai lebih 1.43 bilion peso (ASD25 juta).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.