PM Ardern berundur bulan depan

PM Ardern berundur bulan depan

Wanita termuda memimpin kerajaan itu akan meletak jawatan menjelang 7 Feb.

Pada 2017, Jacinda Ardern dilantik sebagai perdana menteri ketika berusia 37 tahun, menjadi wanita termuda di dunia memimpin kerajaan. (Gambar AP)
WELLINGTON:
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan akan meletak jawatan menjelang 7 Feb, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Ardern membuat pengumuman mengejut itu semasa sidang media pertamanya bagi 2023 pada Khamis.

“Kami memberikan semuanya selagi kami mampu. Dan bagi saya, sudah tiba masanya (meletak jawatan),” katanya.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa selepas pelantikan perdana menteri baharu.

Undian kaukus untuk memilih pemimpin baharu Parti Buruh akan berlangsung pada Sabtu.

Ardern dilantik sebagai perdana menteri pada 2017, ketika berusia 37 tahun, dan merupakan wanita termuda di dunia memimpin kerajaan.

Beliau juga mengumumkan pemilihan tahun ini akan diadakan pada 14 Okt.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.