
NEW YORK: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di New York pada petang semalam untuk menghadapi perbicaraan kes jenayah, lapor Agensi Anadolu.
Juri di Manhattan mendakwa Trump atas pertuduhan berkaitan pembayaran “wang menutup mulut” kepada pelakon filem “lucah” Stormy Daniels.
Bekas presiden itu dijangka tidak akan digari, menurut peguamnya Joe Tacopina.
“Kami akan masuk ke kamar mahkamah, kami akan bertemu hakim, mengaku tidak bersalah,” kata Tacopina.
Beliau dijangka kembali ke Florida selepas itu.
Trump adalah bekas presiden AS pertama yang didakwa atas pertuduhan jenayah dalam sejarah negara itu, dan menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai “penganiayaan politik.”
Beliau berdepan lebih daripada 30 pertuduhan.