Terima suapan USD6 juta, bekas presiden Brazil dipenjara

Terima suapan USD6 juta, bekas presiden Brazil dipenjara

Fernando Collor de Mello dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh bulan kerana menerima rasuah dari anak syarikat milik kerajaan.

Bekas presiden Brazil, Fernando Collor de Mello didapati menerima rasuah daripada anak syarikat Petrobras. (Gambar Twitter)
BUENOS AIRES:
Bekas presiden Brazil, Fernando Collor de Mello dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh bulan kerana rasuah dan pengubahan wang haram, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Collor de Mello, 73, menerima suapan kira-kira 30 juta reais (USD6 juta) daripada anak syarikat Petrobras, milik kerajaan, menurut Mahkamah Agung Brazil.

Beliau yang menyandang jawatan presiden Brazil dari Mac 1990 hingga Disember 1992, boleh merayu terhadap hukuman itu.

Siasatan besar-besaran terhadap skandal rasuah “Lava Jato,” atau “Car Wash” mencetuskan kekecohan politik Brazil. Beratus-ratus ahli politik, penjawat awam dan usahawan terlibat.

Pada 2017, Presiden Brazil ketika ini, Luiz Inácio Lula da Silva, dijatuhi hukuman penjara dalam tempoh kerana rasuah dan pengubahan wang haram dan menghabiskan 580 hari di penjara.

Mahkamah Agung kemudiannya membatalkan hukuman itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.