3 penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

3 penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu serangan tembakan.

Sejak awal tahun ini, Tebing Barat berulang kali menyaksikan serbuan tentera Israel bagi memberkas warga Palestin yang “dikehendaki”. (Gambar AP)
RAMALLAH:
Tiga pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa bahawa pasukannya telah menumpaskan sebuah “kumpulan bersenjata” di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu serangan tembakan.

Suspek penyerang Palestin turut dibunuh oleh pegawai Israel yang lain.

Sejak awal tahun ini, Tebing Barat berulang kali menyaksikan serbuan tentera Israel bagi memberkas warga Palestin yang “dikehendaki”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.