Kimono didakwa ada ‘ciri agama’, pelajar Muslim tak dibenar hadir kelas

Kimono didakwa ada ‘ciri agama’, pelajar Muslim tak dibenar hadir kelas

Pengetua sebuah sekolah di Lyon mendakwa pakaian tradisional Jepun 'bercirikan agama'.

Pengetua itu memberi alasan semua pakaian mempunyai kaitan dengan agama tidak dibenarkan. (Gambar AFP)

NICE (Perancis): Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon Perancis yang mengarahkan seorang pelajar pulang ke rumah kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono, dan mendakwa pakaian dipakai pelajar itu “bercirikan keagamaan.”

Menurut Agensi Anadolu, pelajar berusia 15 tahun itu dipanggil pada Rabu untuk membincangkan kejadian yang berlaku sehari sebelumnya apabila dihalang kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.

Pelajar beragama Islam itu, berkata pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.

Pengetua itu berkata, semua pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama tidak dibenarkan di sekolah itu.

Seorang lagi pelajar dari sekolah menengah sama dikenakan tindakan sama kerana memakai kimono.

Peguam keluarga itu, Maitre Nabil Boudi berkata mereka telah memfailkan aduan “diskriminasi atas dasar pegangan agama.”

“Penghinaan itu mesti dihentikan dan pihak berkuasa kehakiman mesti segera mengambil kes ini memandangkan arahan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Negara itu mewujudkan diskriminasi agama terhadap pelajar wanita,” katanya.

Pelajar itu berkata, dia ditegur di hadapan seluruh kelasnya dan dipaksa menanggalkan kimononya ketika dibawa ke pejabat pengetua kerana melanggar arahan Kementerian Pendidikan dan tidak dibenarkan menghadiri kelas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.