14 maut, kilang mercun di India meletup

14 maut, kilang mercun di India meletup

Letupan pertama berlaku di Kanishkar Fireworks, manakala letupan kedua berlaku di kampung Kichanayakanpatti, dekat Sivakasi.

Seramai 13 orang maut dalam letupan pertama, selepas pekerja di sebuah kedai bersebelahan kilang didakwa menunjukkan demonstrasi mercun kepada pelanggan. (Gambar Freepik)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 14 maut dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa.

Menurut polis, letupan pertama berlaku di Kanishkar Fireworks yang meragut 13 nyawa, selepas pekerja di sebuah kedai bersebelahan kilang didakwa menunjukkan demonstrasi mercun kepada pelanggan.

Letupan kedua yang menyebabkan seorang pekerja maut berlaku di sebuah kilang di kampung Kichanayakanpatti, dekat Sivakasi, akibat bahan kimia digunakan untuk membuat bunga api, lapor Xinhua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.