9 maut nahas bas di Afghanistan

9 maut nahas bas di Afghanistan

Seramai 35 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di Wilayah Badghis, barat Afghanistan pada Ahad.

mayat
Jurucakap Polis Wilayah Badghis Sadiqullah Sadeqi berkata wanita dan kanak-kanak antara sembilan penumpang maut di tempat kejadian. (Gambar Pixabay)
KABUL:
Sekurang-kurangnya sembilan terkorban, manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terbalik akibat pemanduan melulu di Wilayah Badghis, barat Afghanistan pada Ahad, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Jurucakap Polis Wilayah Badghis, Sadiqullah Sadeqi, berkata nahas itu berlaku di kawasan Sabzak di sepanjang lebuh raya menghubungkan ibu negeri wilayah itu, Qala-e-Naw, ke Wilayah Herat di barat Afghanistan.

Menurutnya, sembilan penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak maut di tempat kejadian, 35 mangsa cedera dihantar ke kemudahan kesihatan berhampiran untuk rawatan.

Sadeqi bimbang jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa cedera kini dalam keadaan kritikal.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara yang pernah dilanda peperangan itu susulan pemanduan melulu di jalan raya sesak, selain kekurangan papan tanda mencukupi di lebuh raya rosak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.