7 maut dalam kebakaran kilang di China

7 maut dalam kebakaran kilang di China

Kilang itu beroperasi selama 20 tahun dan antara pengeluar benang yang memasarkan produk untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Kebakaran di Tiantianrun Textile & Technology Co Ltd berlaku pada 6.30 petang Isnin.
NANJING:
Tujuh maut dalam kebakaran sebuah kilang di timur wilayah Jiangsu, China pada Isnin, menurut sumber tempatan.

Kebakaran di Tiantianrun Textile & Technology Co Ltd yang terletak di bandar Wuxi itu berlaku pada 6.30 petang Isnin, lapor Xinhua.

Syarikat itu beroperasi selama 20 tahun dan antara pengeluar benang yang memasarkan produk untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Punca kebakaran masih disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.