Arun Boonchum dipilih Sheikhul Islam Thailand baharu

Arun Boonchum dipilih Sheikhul Islam Thailand baharu

Sheikhul Islam berfungsi sebagai penasihat tertinggi hal ehwal Islam untuk kerajaan Thailand.

Seramai 40 jawatankuasa yang mewakili empat juta penduduk Islam Thailand mengundi memilih pemimpin baharu yang akan menguruskan hal ehwal Islam di Thailand. (Gambar Bernama)
BANGKOK:
Ketua Jawatankuasa Islam Bangkok Arun Boonchum dipilih Sheikhul Islam Thailand baharu.

Beliau mendapat 471 daripada 715 undi menewaskan dua calon lain, Prasarn Sricharoen dan Wisoot Binlatah dalam pemilihan yang diadakan di Chalerm Phrakiat National Administration Centre for Islamic Affairs di Bangkok.

Seramai 40 jawatankuasa yang mewakili empat juta penduduk Islam Thailand mengundi untuk memilih pemimpin baharu yang akan menguruskan hal ehwal Islam di negara ini.

Arun menggantikan Aziz Phitakkumpon yang meninggal dunia pada 22 Okt.

Sheikhul Islam berfungsi sebagai penasihat tertinggi dalam hal ehwal Islam untuk kerajaan Thailand.

Arun yang berkelulusan ijazah sarjana muda al-Hadith dan Kajian Islam dari Universiti Islam Madinah di Arab Saudi dan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Sukhothai Thammathirat Open University.

Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan nama beliau untuk perkenan diraja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.