Israel, Hamas setuju genjatan senjata 4 hari

Israel, Hamas setuju genjatan senjata 4 hari

Perjanjian antara kedua-dua pihak itu akan menyaksikan pembebasan sekumpulan 50 tebusan Israel dan 150 rakyat Palestin yang ditahan di penjara.

Gencatan senjata selama empat hari yang dipersetujui Hamas dan Israel memberikan tempoh bertenang kepada penduduk Gaza selepas hampir tujuh minggu menghadapi perang. (Gambar AP)
GAZA:
Israel dan Hamas mengumumkan bahawa kedua-duanya bersetuju mengadakan gencatan senjata selama empat hari yang menyaksikan pembebasan sekumpulan tebusan yang ditahan pada 7 Okt.

Kabinet Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meluluskan perjanjian itu selepas mesyuarat semalaman, di mana beliau memberitahu menteri bahawa ia adalah “keputusan yang sukar tetapi tepat.”

Jurucakap kerajaan memberitahu AFP bahawa di bawah perjanjian itu, sekurang-kurangnya 50 tebusan Israel dan warga asing akan dibebaskan yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, sebagai balasan untuk “tenang” selama empat hari dalam operasi ketenteraan.

Untuk setiap 10 tebusan tambahan yang dibebaskan, akan ada tambahan hari gencatan senjata.

Hamas mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan “gencatan senjata kemanusiaan”, yang dikatakan juga akan menyaksikan 150 rakyat Palestin dibebaskan dari penjara Israel.

Gencatan senjata itu membolehkan penduduk Gaza untuk bertenang seketika selepas hampir tujuh minggu menghadapi perang.

Sumber dari Hamas dan Jihad Islam, sebuah lagi kumpulan Palestin, sebelum ini memberitahu AFP bahawa gencatan senjata itu akan merangkumi gencatan senjata sepenuhnya di lapangan dan operasi udara Israel di selatan Gaza.

Kelulusan Kabinet Israel adalah salah satu batu penghalang terakhir kepada perjanjian yang akan berkuat kuasa.

Qatar telah membantu untuk menjadi perantara rundingan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.