Gempa bumi di Jepun, kematian meningkat 24 orang

Gempa bumi di Jepun, kematian meningkat 24 orang

Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi.

Sekurang-kurangnya 24 orang maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar. (Gambar AP/Kyodo News)
TOKYO:
Sekurang-kurangnya 24 orang maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo pada Selasa.

Susulan insiden itu, kebakaran tercetus di pusat pelancongan terkenal di sekitar pasar pagi Wajima hingga memusnahkan sekitar 200 bangunan.

Beberapa bangunan turut runtuh menyebabkan 14 orang tertimbus.

Orang ramai turut mengalami kecederaan di wilayah Niigata, Toyama, Fukui dan Gifu akibat bangunan runtuh atau rosak.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata bahawa kerajaan telah menghantar beberapa pasukan pertahanan ke kawasan terjejas dan akan terus memberikan bantuan.

Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.