Ketua pembangkang Korea Selatan diserang dengan senjata tajam di Busan

Ketua pembangkang Korea Selatan diserang dengan senjata tajam di Busan

Suspek berpura-pura sebagai penyokong Lee Jae Myung untuk mendekati ahli politik itu sebelum menyerang menggunakan senjata tajam berukuran 20-30cm.

Pengerusi Parti Demokratik Lee Jae Myung diserang di bahagian kiri leher oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sesi soal jawab di Pulau Gadeok, Busan. (Gambar AP)

SEOUL/BUSAN: Ketua Pembangkang Korea Selatan Lee Jae Myung diserang semasa mengadakan lawatan ke bandar pelabuhan Busan pada Selasa, lapor agensi berita Yonhap.

Pengerusi Parti Demokratik itu diserang di bahagian kiri leher oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sesi soal jawab selepas meninjau tapak pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Gadeok di Busan.

Lee dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Pusan kira-kira 20 minit selepas serangan.

Menurut saksi, suspek berpura-pura sebagai penyokong Lee lalu mendekati ahli politik itu sambil meminta tandatangan Dia kemudian menyerang Lee menggunakan senjata tajam sepanjang kira-kira 20-30cm.

Suspek berjaya ditahan di tempat kejadian.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pemimpin pembangkang itu dan mengarahkan polis dan pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan siasatan segera, menurut jurucakapnya Kim Soo Kyung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.