49 migran terselamat bot karam di Mediterranean

49 migran terselamat bot karam di Mediterranean

Kumpulan migran berkenaan dilaporkan berasal dari Ivory Coast, Guinea, Senegal dan Bangladesh.

Seramai 49 migran berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean. (Gambar AP)
ROM:
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean di luar pantai Pulau Lampedusa pada Khamis.

Kumpulan migran berkenaan dilaporkan berasal dari Ivory Coast, Guinea, Senegal dan Bangladesh, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA Itali.

Meskipun terdapat laporan mengenai beberapa migran hilang akibat kejadian itu, jumlah sebenar masih belum diketahui.

Setiap penumpang dilaporkan perlu membayar kira-kira USD650 untuk melakukan perjalanan itu.

Menurut data Kementerian Dalam Negeri Itali, jumlah migran yang tiba melalui jalan laut sejak awal tahun berjumlah 2,268 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.