Tempoh permit kerja di AS dipendek kepada 18 bulan

Tempoh permit kerja di AS dipendek kepada 18 bulan

Sebelum ini kerajaan membenarkan tempoh permit itu kepada lima tahun.

police ice
Perubahan tempoh itu akan membolehkan pemeriksaan lebih kerap dilakukan terhadap warga asing. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Pentadbiran Trump umum akan memperketat dasar imigresen dengan memendekkan tempoh permit kerja untuk pelarian, pencari suaka, dan pendatang lain di Amerika Syarikat (AS) daripada lima tahun kepada 18 bulan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS (USCIS), berkata perubahan itu akan membolehkan pemeriksaan lebih kerap dilakukan terhadap warga asing.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa pelarasan itu menjejaskan ratusan ribu, selain memberi kesan kepada syarikat yang bergantung pada pencari suaka yang memegang permit kerja, termasuk firma pembungkusan daging.

Imigresen menjadi tumpuan utama pentadbiran Presiden AS Donald Trump.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, hampir dua juta telah meninggalkan AS sejak Trump mengambil alih jawatan pada Januari, termasuk 530,000 pengusiran dan 1.6 juta yang ‘berhijrah pulang secara sukarela’.

Pentadbiran itu berkata, ia sasar meningkatkan pengusiran kepada 600,000 menjelang akhir tahun. Rumah Putih menggambarkan perpindahan ini sebagai sebahagian ‘pengusiran besar-besaran’ yang berterusan.

Di kebanyakan bandar yang selalunya ditadbir oleh Parti Demokrat, pegawai Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE) menyasarkan pendatang yang didakwa melakukan jenayah.

The Washington Post melaporkan di ibu negara Washington, 80% daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai rekod sabitan jenayah.

Pada 11 Ogos, Trump mengisytiharkan darurat keselamatan awam di Washington, mendakwa bandar raya itu dipenuhi ‘kumpulan ganas dan penjenayah haus darah’. Sejak itu, pasukan ICE telah menahan kira-kira 1,100 di ibu negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.