
TEHRAN: Lima terbunuh manakala 91 lain cedera di Iran sepanjang 20 Feb hingga 1 Mac dalam insiden letupan bunga api menjelang Festival Api di negara itu, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA).
Jumlah kematian meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu, manakala bilangan cedera meningkat 57%, menurut ISNA memetik Ketua Pertubuhan Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar.
Beliau berkata, satu kematian dilaporkan di Tehran dengan empat lagi di wilayah West Azarbaijan.
Kemalangan disebabkan bunga api kerap berlaku menjelang festival itu yang disambut pada malam Rabu terakhir sebelum sembutan Nowruz iaitu Tahun Baru Iran, yang jatuh pada 20 Mac tahun ini.
Festival Api akan disambut pada 12 Mac.