Trump akan batal hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran dahulu

Trump akan batal hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran dahulu

Presiden AS itu menyifatkan hampir 80 tindakan eksekutif terbabit merosakkan dan radikal yang dilaksanakan pentadbiran terdahulu, antara paling teruk dalam sejarah.

Donald Trump
Donald Trump menjanjikan perubahan besar dalam kerajaan AS yang dijangka memberi impak besar kepada rakyatnya dan dunia.  (AP pic)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin mengumumkan rancangan membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Joe Biden sebelum ini, lapor Agensi Anadolu.

“Saya akan membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif yang merosakkan dan radikal oleh pentadbiran sebelum ini, antara pentadbiran paling teruk dalam sejarah,” kata Trump kepada penyokongnya di Capital One Arena, Washington.

Trump, yang mengangkat sumpah untuk penggal kedua, menjanjikan perubahan besar dalam kerajaan AS dijangka memberi impak besar kepada masyarakat AS dan dunia.

Beliau turut mengumumkan rancangan menandatangani pengampunan defendan didakwa dalam serangan ke atas Capitol AS pada 6 Jan 2021.

“Malam ini, saya akan menandatangani pengampunan untuk ‘tebusan J-6’ agar mereka dibebaskan. Sebaik saja saya tinggalkan acara ini, saya akan ke Pejabat Oval untuk menandatangani pengampunan bagi ramai orang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.