
Menurutnya, pemimpin Iran yang “berpendirian keras” akhirnya akan berundur.
“Mereka akan mengalah,” katanya kepada Fox News pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Ditanya sama ada beliau boleh bekerjasama dengan kepimpinan Iran ketika ini, Trump berkata: “Saya akan berurusan dengan mereka sehingga mencapai perjanjian.”
Beliau turut mendakwa perunding Iran memaklumkan kepadanya, Tehran tiada teknologi untuk membersihkan bahan radioaktif di tapak nuklear musnah dan AS perlu mengambil semula “sisa radioaktif” itu.
AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb lalu yang mencetuskan tindak balas Tehran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain Selat Hormuz ditutup.
Gencatan senjata berkuat kuasa 8 April lalu menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Gencatan senjata itu kemudiannya dilanjutkan Trump tanpa tempoh akhir ditetapkan.
Ahad lalu, Iran menyerahkan kepada Pakistan maklum balasnya terhadap cadangan AS bagi menamatkan perang itu, tetapi Trump menolaknya dengan menyifatkan cadangan berkenaan “langsung tidak boleh diterima”.