Presiden Korea Selatan Yoon sah dipecat

Presiden Korea Selatan Yoon sah dipecat

Ia selepas Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengekalkan pendakwaan Yoon Suk Yeol kerana melaksanakan undang-undang tentera Disember lalu.

Yoon Suk-yeol AP 260225
Korea Selatan perlu mengadakan pilihan raya presiden lebih awal untuk memilih pengganti Yoon Suk Yeol dalam tempoh 60 hari, yang dijangka berlangsung 3 Jun ini. (Gambar AP)
SEOUL:
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengekalkan pendakwaan Yoon Suk Yeol, menggugurkan beliau daripada jawatan presiden atas tindakannya melaksanakan undang-undang tentera dalam tempoh singkat Disember lalu.

Keputusan itu yang dibacakan pemangku Ketua Hakim, Moon Hyung-bae dan disiarkan secara langsung di televisyen berkuat kuasa serta-merta.

Ia sekali gus mewajibkan Korea Selatan mengadakan pilihan raya presiden lebih awal untuk memilih pengganti Yoon dalam tempoh 60 hari, yang dijangka berlangsung pada 3 Jun ini, lapor agensi berita Yonhap.

Yoon menghadapi pendakwaan di Parlimen yang dikuasai pembangkang pada pertengahan Disember lalu atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan undang-undang, dengan mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis, mengerahkan tentera ke Parlimen bagi menghalang penggubal undang-undang membatalkan dekri itu serta mengarahkan penahanan ahli politik.

Yoon bagaimanapun menafikan semua pertuduhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.