
BUENOS AIRES: Beberapa letupan dilaporkan berlaku di ibu negara Venezuela, Caracas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Imej disiarkan stesen televisyen NTN24 menunjukkan kejadian letupan serta kepulan asap.
Sebuah video daripada saluran VPItv pula memaparkan beberapa helikopter terbang di ruang udara bandar itu pada waktu malam.
Punca kejadian letupan berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini, kerajaan Venezuela belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.