
Pemilik terdahulu, Kumpulan ByteDance berpangkalan di Beijing, mengekalkan pegangan kurang sedikit daripada 20% dalam TikTok USDS, menurut kenyataan syarikat itu.
Operasi TikTok di AS yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna menghadapi ketidaktentuan selama lebih setahun selepas AS meluluskan undang-undang pada 2024 yang mengarahkan ByteDance menjual perniagaan aplikasi itu di AS atau menamatkan operasinya menjelang 19 Jan 2025.
Presiden AS Donald Trump memberikan pelanjutan tempoh bagi tarikh akhir itu selepas memegang jawatan setahun lalu, dengan berulang kali menangguhkan penguatkuasaan walaupun tiada asas undang-undang untuk berbuat demikian.