AS-Israel bunuh 345 pelajar, guru sejak perang bermula

AS-Israel bunuh 345 pelajar, guru sejak perang bermula

Sejak 28 Feb lalu lebih 3,300 maut dalam serangan udara ke atas Iran.

israel us bombeb
Awal minggu ini, Iran dan AS gagal mencapai persetujuan selepas berunding selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, bagi menghentikan perang. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya 345 pelajar dan guru terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Jumlah itu melibatkan 278 pelajar dan 67 guru, menurut penyiar milik kerajaan, IRIB, yang memetik Kementerian Pendidikan Iran.

Serangan itu turut mengakibatkan 196 pelajar dan 26 kakitangan pendidikan cedera, selain menyebabkan 933 sekolah, 54 kemudahan pentadbiran, 17 pusat kebudayaan, 36 dewan sukan, dan lapan kem pelajar rosak atau musnah.

Sejak 28 Feb, lebih 3,300 dilaporkan terbunuh dalam serangan udara AS-Israel ke atas Iran.

Tehran kemudian melancarkan serangan balas terhadap Israel, Iraq, Jordan, dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS sebelum gencatan senjata selama dua minggu diumumkan pada Selasa.

Delegasi Iran dan AS menamatkan rundingan selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, awal Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.