Lelaki cedera disamun 2 suspek bersenjata parang

Lelaki cedera disamun 2 suspek bersenjata parang

Mangsa berusia 20an sebelum itu didatangi suspek menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak, dalam kejadian di Baling.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Baling Brandon Anak Richard Joe.
BALING:
Seorang lelaki berusia 20-an cedera pada bahagian kepala, bahu dan siku dalam kejadian samun membabitkan dua suspek bersenjata parang di rumahnya di Kuala Ketil, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Baling, Brandon Anak Richard Joe, berkata polis menerima laporan pada 8.40 pagi.

“Siasatan mendapati pada 8.10 pagi, mangsa didatangi dua suspek lelaki menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak. Kedua-dua suspek masing-masing bersenjatakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kerugian sejumlah wang tunai serta barangan peribadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.