
Ketua Polis Tumpat Khairi Shafie berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.27 petang.
Mangsa yang berusia 35 tahun ditemukan oleh ibunya. Pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat ditentukan berikutan keadaan mayat yang telah mereput,” menurut kenyataan.
Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes dikelaskan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Tumpat di talian 09-725 7222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.