20 pekerja maut letupan kilang bunga api di India

20 pekerja maut letupan kilang bunga api di India

Ketika kejadian, kira-kira 30 pekerja berada di lokasi kejadian.

mayat
Letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 pekerja itu mungkin berpunca daripada geseran semasa proses pencampuran bahan kimia. (Gambar Pixabay)
HYDERABAD:
Sekurang-kurangnya 20 pekerja maut di negeri Tamil Nadu, India pada Ahad susulan letupan di sebuah kilang pembuatan bunga api.

Kejadian berlaku di Kattanarpatti, Virudhunagar, daerah dikenali hab pembuatan bunga api yang digunakan dalam festival keagamaan dan perkahwinan di India.

Letupan itu mungkin berpunca daripada geseran semasa proses pencampuran bahan kimia, lapor media tempatan memetik pihak polis.

Ketika kejadian, kira-kira 30 pekerja berada di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.