
“Pasukan Iran melancarkan beberapa peluru berpandu, dron dan bot kecil ketika kapal USS Truxtun, USS Rafael Peralta dan USS Mason melalui laluan laut antarabangsa itu,” menurut kenyataan berkenaan.
CENTCOM memaklumkan tiada aset AS terkena serangan itu.
“CENTCOM menghapuskan ancaman yang menghampiri dan menyasarkan kemudahan tentera Iran yang bertanggungjawab menyerang tentera AS, termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dan dron; lokasi perintah dan kawalan; serta nod risikan, pengawasan dan tinjauan,” kata kenyataan itu.
AS berkata pihaknya tidak mahu mencetuskan peningkatan ketegangan, namun kekal bersiap siaga dan bersedia melindungi tentera Amerika.