10 maut serangan bersenjata di tengah Mexico

10 maut serangan bersenjata di tengah Mexico

Pendakwa Raya Puebla Idamis Pastor Betancourt berkata hasil siasatan awal mendapati enam mangsa daripada keluarga sama, manakala empat lagi merupakan pekerja.

mayat
Kementerian Keselamatan Awam Puebla berkata mangsa korban terdiri daripada enam lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak. (Gambar Pixabay)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 10 maut pada awal pagi Ahad dalam serangan bersenjata di Tehuitzingo, sebuah kawasan perbandaran di negeri Puebla, tengah Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Serangan berlaku di sebuah komuniti Orang Asli dan mangsa korban terdiri daripada enam lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak, menurut Kementerian Keselamatan Awam negeri.

Keselamatan di kawasan itu dipertingkatkan dengan sokongan anggota tentera, kata Setiausaha Keselamatan Awam Puebla, Francisco Sanchez.

Pendakwa Raya Puebla, Idamis Pastor Betancourt, berkata satu daripada skop siasatan menjurus kepada kemungkinan isu keluarga dan hasil siasatan awal mendapati enam mangsa daripada keluarga sama, manakala empat lagi merupakan pekerja.

Pasukan keselamatan melancarkan operasi mengesan dan menahan pihak bertanggungjawab, manakala penyiasat terus berusaha mencari motif serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.