Mexico setuju terima pasukan piala dunia Iran selepas ditolak AS

Mexico setuju terima pasukan piala dunia Iran selepas ditolak AS

Presiden Mexico Claudia Sheinbaumberkata pasukan bola sepak kebangsaan Iran dibenarkan menetap di Mexico sepanjang kejohanan Piala Dunia.

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata kerajaannya bersetuju membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan Iran menetap di Mexico sepanjang kejohanan Piala Dunia selepas Amerika Syarikat enggan menjadi tuan rumah kepada skuad itu. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaannya bersetuju membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan Iran menetap di Mexico sepanjang kejohanan Piala Dunia, sambil menambah bahawa Amerika Syarikat (AS) enggan menjadi tuan rumah kepada skuad itu.

Sheinbaum berkata badan induk bola sepak dunia, Fifa telah menghubungi kerajaannya selepas AS menyatakan keengganan untuk membenarkan skuad Iran menetap di negara itu sepanjang kejohanan, walaupun Iran dijadualkan beraksi dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan di sana.

“Kami tidak mempunyai alasan untuk menolak kemungkinan mereka menetap di Mexico,” kata Sheinbaum semasa sidang media harian beliau.

Rumah Putih dan Jabatan Negara AS tidak memberikan maklum balas segera ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Ketua Persekutuan Bola Sepak Iran Mehdi Taj pada Khamis berkata bahawa pangkalan pasukan itu akan dipindahkan dari Arizona ke bandar sempadan Mexico, Tijuana sepanjang kejohanan berlangsung.

Taj menambah bahawa langkah itu akan membantu mengelakkan komplikasi berkaitan visa dan skuad berkenaan akan dapat melakukan perjalanan terus ke Mexico menaiki penerbangan Iran Air.

Penyertaan pasukan Iran dalam kejohanan yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai itu menjadi tanda tanya sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari lepas.

Iran dijadualkan beraksi dalam dua perlawanan pertama Kumpulan G di Los Angeles menentang New Zealand pada 15 Jun dan Belgium pada 21 Jun, sebelum berdepan Mesir di Seattle pada 26 Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.