
ZHENGZHOU: Seramai 13 maut, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah van penumpang yang membawa muatan berlebihan melanggar bahagian belakang sebuah trak separa treler di wilayah Henan, tengah China, pada awal pagi Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Van penumpang sembilan tempat duduk itu membawa 16 orang ketika kemalangan berlaku di satu seksyen lebuh raya di bandar Nanyang kira-kira 2.40 pagi Khamis.
Kementerian Keselamatan Awam China menghantar satu pasukan kerja ke Nanyang bagi tujuan siasatan dan respons terhadap nahas itu.