Lebih 1,000 kes disyaki Ebola di Congo

Lebih 1,000 kes disyaki Ebola di Congo

Jumlah kumulatif kes disyaki Ebola kini mencecah 1,077 kes, dengan 121 kes disahkan serta 17 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada 15 Mei lepas.

Workers from the Uganda Red Cross Society don protective suits as they prepare to evacuate the body of a suspected Ebola victim in Kampala on May 26, 2026. The organisation is poised to assist the Ministry of Health in transporting suspected cases to treatment centres and conducting safe, dignified burials following confirmed positive results. This action comes after the confirmation of three additional Ebola Bundibugyo cases , raising the total to five linked to travelers from the neighbouring Democratic Republic of Congo (DRC), where an outbreak has claimed 119 lives among 904 suspected cases. The World Health Organisation has classified this outbreak in both the DRC and Uganda as a public health emergency of international concern.
Jumlah kes disyaki Ebola di Republik Demokratik Congo telah melebihi 1,000 di tengah-tengah lonjakan kes di wilayah timur negara itu. (Gambar AFP)
KIGALI:
Jumlah kes disyaki Ebola di Republik Demokratik Congo telah melebihi 1,000 di tengah-tengah lonjakan kes di wilayah timur negara itu, menurut laporan situasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Jumlah kumulatif kes disyaki Ebola kini mencecah 1,077 kes, dengan 121 kes disahkan serta 17 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada 15 Mei lepas, menurut laporan berkenaan.

Kementerian itu memaklumkan bahawa wabak Ebola telah menjejaskan 13 zon kesihatan di tiga wilayah, termasuk Ituri, Kivu Utara dan Kivu Selatan.

“Operasi pemantauan, saringan dan kesedaran komuniti terus dipergiat walaupun terdapat cabaran operasi yang dilaporkan di lapangan,” menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa Congo telah menggantung aktiviti sosial di Ituri, pusat penularan wabak itu, termasuk aktiviti sukan, bagi mencegah penularan Ebola.

Menurut Menteri Kesihatan Awam Roger Kamba, kira-kira 3,600 individu telah dikenal pasti mempunyai kontak dengan pesakit.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC), 10 negara termasuk Rwanda, Kenya, Tanzania, Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Ethiopia, Sudan Selatan dan Zambia berisiko menghadapi penularan Ebola.

Sebanyak tujuh kes setakat ini direkodkan di negara jiran, Uganda, sejak wabak semasa bermula.

Uganda pada Rabu mengumumkan penutupan sementara sempadannya dengan Congo bagi mengurangkan risiko penularan penyakit itu ke negara berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.