Besarnya pengorbanan Dr Fatihah

Besarnya pengorbanan Dr Fatihah

Dr Fatihah yang disahkan positif Covid-19 ketika hamil 29 minggu terpaksa dikomakan dan bayinya dikeluarkan menerusi pembedahan caesarean.

Dr Fatihah dan bayinya dilaporkan berada dalam keadan stabil namun masih dirawat di ICU.

Beberapa hari lalu, kisah seorang doktor hamil mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasibnya apabila dia disahkan positif Covid-19 ketika kandungan berusia 29 minggu.

Kisah itu menjadi tular selepas ia dikongsi menerusi akaun Twitter Public Health Malaysia sambil meminta orang ramai mendoakan keselamatan Dr Fatihah Shaharudin serta kandungannya itu.

Berdasarkan maklumat lanjut yang dikongsi seorang ahli keluarganya di Facebook, Dr Fatihah adalah salah seorang petugas barisan hadapan yang merawat pesakit di Hospital Kajang.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Hj Azam Aziz itu berkata, doktor terbabit disahkan positif Covid-19 bersama suami serta dua anak kecil mereka selain ibu, ayah serta adiknya juga.

“Dr Fatihah adalah anak buah isteri saya. Dia, suami dan dua anak kecilnya positif Covid-19.

“Ibu, ayah dan adiknya juga disahkan positif. Dr Fatihah adalah petugas yang merawat pesakit di Hospital Kajang dan mengandung tujuh bulan,” tulisnya.

Manakala seorang pengguna Twitter lain berkata, Dr Fatihah yang pada mulanya dirawat di Hospital Kajang, sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan terpaksa dikomakan kerana berada pada kategori 5.

Kandungannya itu terpaksa dikeluarkan melalui satu pembedahan caesarean dan menurut ciapan Dr Khairul Hafidz di akaun Twitternya, si ibu dan bayi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kisah pengorbanan Dr Fatihah sebagai petugas barisan hadapan itu amat menyentuh perasaan netizen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

“Saya doakan Dr Fatihah sihat. Kami sama-sama berada di wad di Hospital Kajang. Doktor ini baik, diam saja. Saya sempat lagi hantarkan makanan kepada dia ketika di saringan lagi. Semoga ada sesuatu yang baik,” tulis seorang

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.