Punah harapan lihat bakal suami mati di ‘altar’

Punah harapan lihat bakal suami mati di ‘altar’

Paul Wynn, 57, disahkan menderita penyakit kanser dan hanya beberapa minit saja lagi untuk mengahwini kekasihnya Alison, sebelum dia tiba-tiba rebah.

Paul meninggal dunia beberapa minit sebelum sempat mengahwini kekasih yang juga ibu kepada lima anaknya. (Gambar mirror.co.uk)

Pelamin anganku musnah, demikian remuknya hati seorang bakal pengantin selepas bakal suaminya meninggal dunia di ‘altar’ beberapa minit sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.

Bapa kepada 11 orang cahaya mata, Paul Wynn, dari North Ayrshire Scotland itu dikatakan rebah di lokasi majlis perkahwinan mereka dan cuba diselamatkan oleh keluarganya.

Wynn, 57 yang dilaporkan menghidap kanser hempedu diambang memenuhi impian untuk mengahwini pasangan selama 21 tahunnya, Alison Wynn, 38.

Ketika kejadian, Alison dikatakan sedang berjalan menuju ke arah pengantin lelaki di dewan bandaraya Saltcoats diiringi anak lelaki mereka pada Jumaat lalu, lapor Ayrshire Live.

Difahamkan juga Paul dikejutkan dengan berita bahawa dia menghidap kanser lapan hari sebelum meninggal dunia, antara sebab mengapa mereka mahu mempercepatkan perkahwinan itu.

Wanita itu menyifatkan bapa kepada lima cahaya mata mereka sebagai seorang ‘bapa yang hebat’.

Ketika mendedahkan mengenai penyakit Paul, pegawai perubatan berkata kanser hempedu yang dideritai Wynn itu telah merebak ke hati dan buah pinggang.

Dia hanya diberikan anggaran masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk hidup.

Paul melamar Alison dirumah seorang rakan mereka pada Oktober 2019 dan pasangan bahagia itu memilih tarikh 16 Julai tahun ini, namun mempercepatkannya selepas menerima berita mengenai penyakit Paul.

‘Kalaulah saya tahu kami tidak punya banyak masa bersama, sudah tentu majlis perkahwinan ini saya atur lebih awal. Dia juga tidak sempat menjalani sebarang rawatan.’’ kata Alison.

Pasangan bahagian itu dikurniakan lima orang cahaya mata, Sandy, 20; Tarquin, 15; Marcus, 13; Louise, lapan; dan Poppy, empat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.