
Seorang peminat tegar BTS, Ashanti Smith,18, yang meninggal dunia akibat penyakit ‘Benjamin Button’, mahu dikebumikan dalam keranda bertemakan kumpulan popular K-Pop itu.
Ashanti seorang penghidap pregoria atau sindrom Hutchinson-Gilford, kecelaruan genetik yang mengakibatkan pesakit kelihatan lebih tua dari usia sebenar, meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
“Keadaannya itu menyebabkan dia menghidap arthritis, dan kegagalan jantung. Dia meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan faktor semulajadi lain,” kata ibunya Phoebe Louise Smith.
Wanita yang berasal dari Burges Hill, West Sussex, England itu berkata, hidup Ashanti yang kelihatan seperti wanita berusia 144 tahun, penuh dengan keriangan.
Walaupun penyakitnya itu menjejaskan pergerakan Ashanti, namun ia tidak pernah menjejaskan mental dan semangatnya.
“Pada hari pemergiannya, dia kelihatan sihat, malah sempat berjalan-jalan, makan KFC dan bersiar di taman. Namun, setengah jam selepas itu, Ashanti telah tiada,” jelas ibunya.
Phobe turut menjelaskan perincian upacara pengebumian anaknya yang mahukan empat kuda putih, bulu-bulu, bendera Pride (LGBT) dan memorabilia BTS, kerana Ashanti adalah peminat tegar kumpulan K-Pop itu.
Jelas ibunya lagi, pengebumian istimewa itu akan dilengkapi dengan lampu disko, keranda bertemakan BTS dan bendera Pride.
Kini, rakan-rakannya giat melancarkan laman JustGiving bagi mengumpul dana awam untuk menanggung perbelanjaan upacara penghormatan terakhir yang meriah dan penuh bergaya itu.
Dengan wang yang didermakan menerusi laman JustGiving, kami berharap dapat membayar pengebumian Ashanti, kuda-kuda dan juga pihak pengurusan rumah mayat.
“Tiada beza antara dia dan insan normal lain. Di luar dia mungkin kelihatan seperti perempuan berusia 100 tahun tapi di dalam, dia masih 18,” kata rakan karibnya Kayleigh Cartwright.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]