Sekali imbas macam permainan, rupanya telur rebus seakan angkasawan

Sekali imbas macam permainan, rupanya telur rebus seakan angkasawan

Video berdurasi sembilan saat itu berjaya mendapat lebih 80,700 tontonan dan pelbagai komen lucu.

Tangkap layar yang menunjukkan seorang wanita sedang memegang sebiji telur rebus yang kelihatan seperti angkasawan cilik.

Media sosial sememangnya sarat dengan perkongsian imej dan video yang melucukan.

Kadangkala, perkongsian yang biasa saja pun boleh bertukar menjadi riuh apabila warganet mula menjadi mangkuk tambah.

Begitulah kisahnya dengan video yang mula tular di Reddit ini. Baru-baru ini, seorang pengguna memuat naik sebuah video yang bukan saja berjaya mencetus kekeliruan malah turut membuat ramai tergelak besar.

Perkongsian ringkas itu bermula dengan menunjukkan seorang wanita yang sedang memegang sebiji telur rebus. Namun apa yang membuatkan video itu lebih menarik adalah keterangan gambarnya.

“Telur rebus yang terkeluar ini kelihatan saling tak tumpah seperti seorang angkasawan yang sedang melambaikan tangannya,” tulis keterangan itu ringkas.

Walaupun hanya berdurasi selama sembilan saat, namun video itu berjaya mencetus gamat di ruangan komen selain mampu membuat warganet menontonnya berkali-kali.

Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut telah ditonton lebih 80,700 kali dan menerima pelbagai komen mencuit hati dalam kalangan warganet.

“Ok, comel juga. Tapi masih agak menyeramkan,” akur seorang pembaca.

“Pada mulanya, ku sangkakan mainan, sebelum membaca keterangan gambar,” jelas seorang warganet terkejut.

“Komen korang semua memang lawak la,” kongsi seorang lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.