
‘Skin fasting’ adalah salah satu kaedah penjagaan kulit wajah yang semakin mendapat perhatian di kalangan para pencinta kecantikan semula jadi.
Apakah ‘skin fasting’?
Ia merupakan salah satu kaedah di mana kulit tidak dipakaikan sebarang produk penjagaan kulit wajah dalam jangka waktu tertentu bagi tujuan ‘detoks.’
Kaedah ‘skin fasting’ ini dilakukan bertujuan memberi ruang untuk kulit bernafas. Dengan mengurangkan jumlah penggunaan produk kecantikan pada wajah, ia boleh meneutralkan kulit wajah sekali gus sebum akan melembap secara semula jadi.
Kulit juga memerlukan masa untuk berehat. Malah, kaedah ini juga boleh menjadikan kulit individu kembali sihat kerana ia bebas daripada penggunaan sebarang produk kecantikan atau bahan kimia secara berlebihan.
Bila perlu lakukan ‘skin fasting?’
Jika kulit kelihatan tidak sesegar biasa atau nampak letih, ini menandakan kamu perlu memulakan kaedah ‘skin fasting’ ini.

Berapa lama tempoh ‘skin fasting’?
Ia terpulang kepada keadaan kulit wajah individu. Ada yang mampu melakukannya selama seminggu setiap bulan.
Ada yang mampu melakukan sekali dalam seminggu. Tiada tempoh waktu spesifik yang boleh ditetapkan untuk melakukan kaedah ‘skin fasting’ ini. Semuanya terpulang kepada penerimaan dan keadaan kulit individu.
Jika kulit wajah kamu berada dalam tempoh rawatan tertentu, sebaiknya kamu beri perhatian sepenuhnya terhadap rawatan tersebut.
Jangan mulakan kaedah ‘skin fasting’ ini selagi kulit wajah masih belum berada dalam keadaan benar-benar ‘bersedia.’
Bagaimana kaedah ‘skin fasting’ dilakukan?
1. Gunakan produk asas

Berehat seketika daripada melakukan semua rutin penjagaan wajah harian anda.
Biarkan kulit berehat seketika daripada bebanan tindak balas penggunaan rangkaian produk penjagaan wajah secara berlapis-lapis selama ini.
Memadai dengan hanya melakukan ‘double cleansing,’ diikuti penggunaan pelembap dan produk pelindung matahari (sunscreen/sunblock) untuk tempoh waktu tertentu.
Jika kulit tidak menghadapi masalah kekeringan yang kritikal, pemakaian pelembap juga boleh ditinggalkan untuk sementara waktu.
Anda hanya perlu memakai pencuci muka dan sunscreen/sunblock sahaja dalam tempoh tersebut.
2. Elak exfoliating untuk sementara waktu

Exfoliating toner dan skrub yang bertindak menghakis sel kulit mati sebaiknya dielakkan untuk seketika.
Dalam tempoh ‘skin fasting’ dilakukan, kamu perlu meminimumkan tekanan pada kulit. Jadi, elak daripada menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang bertindak kasar pada kulit kamu.
3. Utamakan penghidratan

Dalam tempoh ‘skin fasting’ kamu perlu lebih mengutamakan faktor penghidratan pada kulit. Biarkan kulit bernafas dengan tenang.
Pastikan kulit wajah menerima sokongan mineral dan penghidratan optimum. Secara perlahan-lahan, kulit akan kembali normal serta lebih segar.
Ketika menjalani kaedah ‘skin fasting’ ini anda boleh mencuba masker wajah yang mengandungi aloe vera, beras, teh hijau atau rumpai laut.
Kesemua bahan tersebut tinggi kandungan antioksidannya. Ia memberikan khasiat yang baik untuk kulit serta melindungi kulit daripada pencemaran.
Tapi jika anda tidak mahu merosakkan kaedah ‘skin fasting’ yang sedang dilaksanakan itu dengan mengaplikasi masker pada wajah, anda boleh memilih sunscreen/sunblock yang mengandungi bahan antioksidan sebagai ganti.
SoCantik.my adalah sebuah portal berita kecantikan sosial diilhamkan untuk berkongsi pelbagai informasi serta berita terkini tentang dunia kecantikan, gaya hidup dan fesyen lokal mahupun antarabangsa.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]