
Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar, 85, atau cukup dikenali sebagai Anjang Aki telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana sesak nafas di kediamannya di Shah Alam, pada kira-kira 6.30 petang hari ini.
Berita tersebut disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah, 66, yang menjelaskan kematian suaminya adalah disebabkan menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.
Difahamkan ahli keluarganya kini sedang melakukan persiapan terakhir buat Allahyarham.
Baharuddin Omar pernah memegang watak utama drama bersiri popular pada era 80-an iaitu Anjang Aki sehingga nama beliau begitu sinonim dengan gelaran Anjang Aki.
Allahyarham meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]