
Kuda paling tinggi di dunia dikenali sebagai Big Jake dilaporkan mati dua minggu lalu di Poynette, Wisconsin.
Kematian kuda berusia 20 tahun itu disahkan oleh isteri pemilik Ladang Smokey, Valicia Gilbert.
Pun begitu, Gilbert enggan mendedahkan tarikh sebenar kematian Big Jake kerana tidak mahu mengenangnya.
“Kami tidak mahu mendedahkan tarikh sebenar Big Jake mati kerana ia terlalu menyedihkan kami sekeluarga,” katanya.
Big Jake mempunyai ketinggian hampir 2.1 meter dengan berat mencecah 1,136 kilogram.
Pada 2010, Rekod Dunia Guinness mengiktiraf haiwan itu sebagai kuda paling tinggi di dunia.
Pemilik Ladang Smokey, Jake Gilbert berkata, Big Jake adalah haiwan yang amat hebat ketika hayatnya.
Katanya, kuda itu dilahirkan di Nebraska dengan berat 109 kilogram.
“Saya bercadang untuk mengenang Big Jake dengan membiarkan kandangnya kosong dan meletakkan gambar serta namanya di luar.
“Keadaan di ladang ketika ini sangat sunyi, seolah-olah kuda lain turut meratapi pemergian Big Jake,” ujarnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]