Hotel tertinggi di dunia kini dibuka di China

Hotel tertinggi di dunia kini dibuka di China

Pada ketinggian itu ia mempunyai 165 bilik dengan 34 daripadanya adalah suites.

Shanghai Tower setinggi 632 meter adalah bangunan tertinggi di China.

Mendakwa ia hotel tertinggi di dunia, J Hotel yang terletak di tingkat teratas Shanghai Tower pada ketinggian mencecah 632 meter adalah bangunan tertinggi di China.

Buat masa ini, mungkin layak untuk J Hotel bermegah kerana pada ketinggian itu ia mempunyai 165 bilik dengan 34 daripadanya adalah suites.

Selain itu terdapat juga perkhidmatan ‘butler’ persendirian (24/7), kolam renang persendirian, peralatan penjagaan diri berjenama Hermes dan Diptyque, tab mandi berbentuk kelopak bunga magnolia, spa serta set teh China lengkap di setiap bilik.

Bilik paling murah di sini berharga sekitar RMB3,601 (RM2,075) semalam, manakala J Suite pula mencecah RMB 67,628 (RM43,440).

J Hotel dimiliki oleh Jin Jiang International, satu daripada syarikat pelancongan dan perhotelan terbesar milik kerajaan China.

Sementara itu di Dubai, persaingan bagi merebut status hotel tertinggi di bandar tersebut sekaligus di planet ini masih diteruskan.

Hotel Gevora setinggi 356 meter secara rasmi diiktiraf sebagai hotel tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 2018.

Difahamkan status hotel tertinggi hanya terpakai ke atas bangunan yang keseluruhannya digunakan sebagai hotel tidak seperti J Hotel yang hanya menggunakan bahagian atas Shanghai Tower.

Selain Gevora, Ciel Tower adalah satu bangunan pencakar langit dengan 1,042 bilik dan masih dalam proses pembinaan dikhabarkan mempunyai ketinggian mencecah 360.4 meter apabila siap sepenuhnya.

Berbeza dengan bangunan pencakar langit yang lain, Ciel yang bermaksud langit dalam bahasa Perancis mempunyai dek tinjau beratap kaca yang membolehkan orang luar menikmati sendiri pemandangan di hotel tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.