Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan setakat ini

Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan setakat ini

Setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif.

Proses ujian saringan Covid-19 dan sanitasi masih dijalankan di Penjara Reman Pulau Pinang. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Semua kes positif Covid-19 yang direkodkan Penjara Reman Pulau Pinang setakat ini melibatkan banduan dengan 6 merupakan banduan 1 sel dengan lelaki yang meninggal dunia pada 5 Okt lalu, kata Pengarah Mohamed Jusoh Idris.

Setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif.

“Bagaimanapun masih ada petugas yang belum menerima keputusan mereka, manakala banduan yang dijangkiti pula sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Kami harap tindakan pantas mengasingkan serta kuarantin mereka yang kami laksanakan sebelum ini dapat membendung penularan wabak tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses ujian saringan Covid-19 dan sanitasi masih dijalankan di penjara berkenaan.

Buat masa ini operasi penjara berjalan seperti biasa, dikendalikan oleh 320 petugas.

Setakat semalam, Kluster Penjara Reman itu dilapor merekodkan 8 kes positif termasuk seorang, iaitu kes indeks, yang meninggal dunia pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.