
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, Kabinetnya akan membincangkan nasihat Yang di-Pertuan Agong, ketika Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.
Beliau dalam kenyataan malam ini berkata, Kabinet mengambil maklum keputusan Agong dan fokus kerajaan sekarang ialah melindungi rakyat daripada Covid-19.
“Saya menjunjung kasih di atas kepercayaan Agong kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu gugat.”
Terdahulu, Sultan Abdullah mengumumkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat buat masa ini kerana kerajaan berjaya menangani Covid-19 dengan baik dan berkesan.
Agong turut mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik dan menekankan kepentingan Belanjawan 2021.