Mesyuarat khas Kabinet tak bincang bubar Parlimen, kata Ismail

Mesyuarat khas Kabinet tak bincang bubar Parlimen, kata Ismail

Khabar angin termasuk mesej yang tular di media sosial berhubung perkara itu adalah palsu untuk mengelirukan rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata isu berita palsu sejak kebelangangan ini semakin menjadi-jadi termasuk sidang media harian disampaikan beliau setiap hari yang diedit bagi memberikan maklumat tidak tepat.
PETALING JAYA:
Mesyuarat khas Kabinet hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak membincangkan isu pembubaran Parlimen.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, khabar angin termasuk mesej yang tular di media sosial berhubung perkara itu adalah palsu untuk mengelirukan rakyat.

“Banyak perkara berlaku setiap hari, suka saya maklumkan bahawa memang ada mesyuarat khas Kabinet hari ini, tapi perkara berhubung pembubaran Parlimen tidak dibincangkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, isu berita palsu sejak kebelangangan ini semakin menjadi-jadi termasuk melibatkan sidang media harian disampaikan beliau setiap hari yang diedit bagi memberikan maklumat tidak tepat.

“Sekarang kita lihat pelbagai cerita tak benar disebar, pernah suatu ketika ucapan saya diedit melibatkan kebenaran konon rakyat Singapura dibenar masuk Malaysia, sedangkan rakyat yang dengar ucapan saya yang asal tahu maksud sebenar, tapi yang mana tak dengar akan percaya dengan video yang diedit itu,” katanya.

Surat kebenaran

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penyalahgunaan surat kebenaran majikan untuk perjalanan rentas daerah bagi kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), Ismail berkata ia bukan bertujuan untuk melancong pada hari minggu.

“Surat majikan untuk pergi kerja bukan untuk bercuti hujung minggu, polis akan ambil tindakan tegas kepada mereka yang salah guna surat.

“Kita serah kepada polis untuk ambil tindakan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.