
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia terdiri daripada kluster Mampulut di Sabah, Fores di Selangor dan Kuala Lumpur, serta Rengas di Perak.
Klsuter Mampulut yang dikesan di Keningau, Sabah, membabitkan kes indeks yang disahkan positif selepas saringan bergejala pada 31 Okt lalu.
Saringan kontak rapat mengesan 27 lagi kes positif dan 181 orang negatif Covid-19.
Kluster Fores membabitkan Petaling, Gombak dan Klang di Selangor serta Kepong di Kuala Lumpur.
Kes indeks disahkan positif Covid-19 pada 17 Okt lalu dan saringan kontak rapat mengesan 19 lagi kes positif.
Setakat tengah hari tadi, 190 orang sudah disaring, dengan 70 daripadanya didapati negatif dan 100 individu masih menunggu keputusan.
Kluster Rengas di Kuala Kangsar, Perak, bermula apabila seorang individu didapati positif melalui saringan bergekala pada 4 Nov lalu.
Hasil saringan kontak rapat mengesan 7 lagi kes positif, manakala 281 orang masih menunggu keputusan.
Sementara itu, Hisham mengumumkan kluster Bah Lada di Perak, Atap di Sabah dan Bah Sahabat di Terengganu tamat hari ini, selepas tiada kes positif dikesan dalam 28 hari lalu.