PKPB: Pulau Pinang tutup taman rekreasi Bukit Dumbar, 2 empangan hingga 6 Dis

PKPB: Pulau Pinang tutup taman rekreasi Bukit Dumbar, 2 empangan hingga 6 Dis

Dua empangan masing-masing di Air Hitam dan Teluk Bahang ditutup kepada orang ramai sehingga 6 Dis depan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berkata, langkah penutupan sementara kesemua kawasan rekreasi di negeri itu adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard PKPB.
GEORGE TOWN:
Taman Rekreasi Bukit Dumbar serta 2 empangan, masing-masing di Air Itam dan Teluk Bahang di Pulau Pinang, ditutup kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 6 Disember ini, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan langkah penutupan sementara kesemua kawasan rekreasi berkenaan adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Selain itu, pembukaan Empangan Mengkuang yang telah diperbesarkan, ditunda sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.