Kampung Gunung Pulai di Johor tak dikenakan PKPD

Kampung Gunung Pulai di Johor tak dikenakan PKPD

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu berkata, KKM sedang membuat pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan itu.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu berkata, penilaian risiko, trend penularan dan bilangan kes Covid-19 perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memberi cadangan kepada MKN yang akan menentukan sama ada hendak melaksanakan PKPD atau PKPB.
JOHOR BAHRU:
Kampung Gunung Pulai dekat Kulai tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) seperti yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu, kata Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedang membuat pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan itu.

“Memang ada kes (Covid-19) dan pengawalan, pengesanan kontak serta saringan di sana. Buat masa ini, belum lagi (PKPD), kami kena buat penilaian risiko dan trend penularan serta bilangan kes dahulu.

“Selepas itu, peringkat daerah akan beri cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri untuk dibawa ke MKN Kebangsaan dengan nasihat KKM, barulah ditentukan sama ada hendak dibuat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) atau PKPD,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Satu mesej tersebar di WhatsApp dan Facebook sejak semalam yang mendakwa kawasan itu dikenakan PKPD kerana terdapat kes positif Covid-19 di kampung tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.