
Sebanyak 113 daripada jumlah itu terlibat dalam aktiviti hiburan, 64 kerana tidak menggunakan pelitup muka, dan 135 kerana gagal mematuhi penjarakan sosial.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaako berkata, seramai 403 individu dikompaun manakala sembilan direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (135), aktiviti pusat hiburan (113), tidak memakai pelitup muka (64), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (27), dan lain-lain (14),” katanya dalam kenyataan harian perkembangan pelaksanaan PKP dalam mendepani penularan Covid-19.
Ismail turut memaklumkan menerusi Operasi Benteng, pihak berkuasa menahan 51 pendatang tanpa izin dan 11 tekong serta merampas sebuah bot dan dua kenderaan darat.