Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di WP

Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di WP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata ia bagi memastikan proses itu jadi lebih mudah dan senang diakses orang ramai.

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berkata SOP serta proses yang melibatkan pelesenan dan transaksi harian di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya serta Perbadanan Labuan akan disemak semula.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta proses yang melibatkan pelesenan dan transaksi harian di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) serta Perbadanan Labuan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan proses berkenaan menjadi lebih mudah dan senang diakses oleh orang ramai.

“Saya komited untuk memudahkan transaksi perniagaan di Kuala Lumpur. Saya juga meletakkan komitmen untuk mengurus Wilayah Persekutuan dengan lebih telus dan mendapat kerjasama yang lebih baik daripada sektor swasta.

“Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), saya percaya bahawa perniagaan yang berkembang maju dan hubungan komuniti yang erat dapat bergerak seiringan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Hannah berkata antaranya, Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMC) Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadikan penglibatan lebih mudah dan bermakna serta menyumbang secara positif kepada ekosistem perniagaan yang lebih luas.

Bersempena dengan ulang tahun FMC Kuala Lumpur dan Selangor ke-58, beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.