
Ia adalah kluster Ceram di Seremban, kluster Pulau Berhala di Sandakan dan kluster Jalan Tampoi di Johor Bahru.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster Ceram di Negeri Sembilan dikesan hasil saringan individu bergejala pada 30 Nov lalu dan hasil saringan di tempat kerja ke atas 450 individu setakat ini mendapati 170 lagi kes positif.
Kluster Pulau Berhala di Sabah pula dikesan selepas kes indeks dilaporkan positif pada 20 Nov lalu hasil saringan komuniti. Sehingga kini, 208 individu sudah disaring, dengan 24 daripadanya disahkan positif virus itu.
Kluster Jalan Tampoi di Johor mula dikesan 1 Dis lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 6 Dis, 212 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hisham berkata, 388 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 201 daripadanya, termasuk 3 kluster yang tamat hari ini, iaitu kluster Palma, Merpati dan Makekar.
Ini menjadikan 187 kluster aktif masih dipantau Kementerian Kesihatan.
“Daripada jumlah tersebut, 49 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.
“Pertambahan kes baru tertinggi adalah kluster Ceram (155 kes), kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), kluster Cergas (92 kes) dan kluster Tembok (92 kes).”