PKP di 6 negeri, 3 Wilayah Persekutuan lanjut hingga 4 Feb

PKP di 6 negeri, 3 Wilayah Persekutuan lanjut hingga 4 Feb

Keputusan itu susulan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan (PKP) di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya dilanjutkan hingga 4 Feb.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan (PKP) di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya dilanjutkan hingga 4 Feb.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita seragamkan tarikh tamat dengan negeri lain yang baru diumum minggu lepas,” katanya pada sidang media.

Ismail berkata, PKP dilanjutkan berikutan masih berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri berkenaan termasuk penularan komuniti tempatan.

Sementara itu, beliau berkata seramai 577 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 545 dikompaun dan 32 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah tidak memakai pelitup muka (190), tiada penjarakan fizikal (112), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (81), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (75), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (62) dan lain-lain (57),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.