
Ia membabitkan Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters TNB di Kuala Berang, Hulu Terengganu serta Felda Lasah dan Kampung Besi Api di Kuala Kangsar, Perak.
Katanya, PKPD itu akan mula dilaksanakan esok hingga 17 Feb ini.
Beliau berkata, langkah itu menyusul nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan berikutan lonjakan kes Covid-19 di kawasan terbabit.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar serta mengawal jangkitan dalam komuniti di lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ismail berkata, 611 orang ditahan kerana mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.
Daripada jumlah itu, 601 orang dikompaun dan 10 lagi direman.
Katanya, antara kesalahan yang direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (145), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (109), tiada penjarakan fizikal (107), gagal menyediakan peralatan/merekod pelanggan (87), premis
beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (31) dan lain-lain (82).
Beliau berkata, dua pendatang asing tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.